
Bisnes janganlah setakat jadi CONman aje
Bisnes janganlah setakat jadi CONman aje.
Usahawan perlu tulen. Usahakan diri dapatkan sijil perakuan industri. Tunjukkan kita sangat serius dalam bisnes kita sendiri.
Disenaraikan di sini beberapa persijilan asas yang usahawan boleh rujuk. Ianya bergantung kepada industri yang diceburi.
1- CIDB
> Untuk kontraktor dapatkan akreditasi dan perakuan dalam industri pembinaan.
2- MATTA
> Untuk orang yang menceburi bidang pelancongan. Platform ini membantu pemain industri melangkah jauh seantero dunia.
3- HRDF
> Untuk majikan yang mahu geran untuk membiayai latihan pekerja mereka. HRDF juga memperakukan syarikat penyedia latihan dan personnel jurulatih.
4- JPK
> Rujuk dengan mereka sekiranya berhasrat menjadi pengusaha pusat latihan kemahiran.
5- Halal JAKIM
> Jumpa bahagian ini jika mahu pengesahan status halal kepada makanan dan barangan yang diusahakan
6- E-Perolehan
> Daftar sebagai pembekal kerajaan melalui Commerce Dot Com dan guna aplikasi ini untuk buat urusniaga dengan kerajaan.
7- APAD
> Platform untuk usahawan yang mengusaha perkhidmatan kenderaan darat. Syarikat perlu ada lesen pengendali.
8- JTK
> Pengendali urusan pekerja tempatan, maid dan pekerja asing. Ada keperluan wajib untuk mereka perolehi Lesen A, B dan C. Usha- usha pejabat JTK jika terlibat dalam manpower industry.
9- MyIPO
> Ini berkaitan harta intelek. Sekecil-kecil logo kat letterhead, brand, content, reka bentuk dan seumpamanya sehingga ke ciptaan bunyi-bunyian boleh diperakukan sebagai hak milik kita.
10- POL.292
> Usahawan wajib ada yang ini untuk berniaga barangan secondhand. Pi mohon kat Pejabat Polis Daerah berhampiran. Ada senarai semak yang perlu dipatuhi sebelum diperakukan kebenaran.
Ini hanya pematuhan untuk sebahagian kecil pengendali industri sahaja. Yang terlibat dalam industri secara besar-besaran, lagi la banyak pematuhan kena buat. Yang itu kita cerita lain kali.
Usahawan kenalpasti dulu industri mana yang diceburi. Sentiasa rujuk dengan rakan taruh industri. Banyak kini persatuan tumbuh bak cendawan. Joint mereka untuk dapatkan update terkini. Aktifkan diri dalam industri.
Company Secretary biasanya boleh bantu. Mereka banyak info yang boleh dikongsi. Rujuk dengan mereka.
Ada yang mahu?
Meh nak bantu.